Ternakan Ayam Daging

Koperasi Profesional Ikatan Muslimin Malaysia Berhad (KOPRESS) mensasarkan aktiviti penternakan ayam daging bagi menyahut saranan kerajaan dalam Dasar Jaminan Bekalan Makanan di negara bagi membangunkan tanah pertanian secara optimum dalam meningkatkan rantaian bekalan makanan bersama kerajaan, pengusaha (penternak, petani & nelayan) serta swasta. Sasaran pengeluaran ini bagi menghubungkan permintaan pasaran dalam negara dan luar negara.

Konsep pembinaan projek ini berfokus kepada Pertanian Kontrak (Contract Farming) dengan mengambil strategi untuk menjalankan secara mampan dan keuntungan dalam perlaksanaan perniagaannya.

Ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan produk kami?