Perutusan Pengerusi Koperasi

Saya mengucapkan Selamat Datang kepada semua dan terima kasih atas kunjungan anda untuk mengenali lebih mendalam tentang koperasi kami dengan nama Koperasi Professional Ikatan Muslimin Malaysia Berhad. KOPRESS adalah sebuah koperasi ditubuhkan pada tahun 2008 yang kini berpusat di Bandar  Baru Bangi, Selangor.

Sektor koperasi mampu menjadi salah satu pasak ekonomi yang terbesar di dalam negara. Sifatnya adalah lebih sejajar dengan prinsip-prinsip Islam dan  sewajarnya mendapat perhatian lebih serius masyarakat khususnya umat Islam dan ummah seluruhnya.

Dengan melakar cita-cita yang besar dan didokong oleh pengurusan yang tulus dan efisyen, sektor ini boleh mengubah landskap ekonomi umat Islam menjadi lebih kuat dan sukar digugat.

Adalah menjadi azam saya dan Anggota Lembaga KOPRESS yang lain untuk menjadikan KOPRESS sebuah koperasi yang cemerlang dan menjadi kebanggaan kepada semua sesuai dengan visi, misi serta objektif KOPRESS.

Akhir kata, saya dengan rendah hatinya memohon dorongan dan sokongan yang berterusan daripada pihak tuan dan puan untuk kami melangkah ke hadapan menjadi salah satu koperasi terkemuka di Malaysia.

Salam hormat, terima kasih.

Hj Khairuddin bin Mohd Ali

Pengerusi Lembaga Koperasi KOPRESS

Ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan produk kami?